Searching...
Wednesday 15 October 2014
08:19 0

Pegawai Kastam Bermulut Celupar Hina Dan Fitnah Polis...







Ya la cik kak... Kastam pun kalau dapat kes memang lebih meletop dari polis... macam kes yang baru-baru ni... memang meletop. Dan awek-awek kastam memang cantik-cantik, tapi satu jer mulut tak cantik... kan..kan...

Malu barangkali kerana beberapa kes melibatkan pegawai-pegawai tinggi Kastam yang ditangkap kerana rasuah dan penyelewengan kuasa, ada kakitangan Kastam yang berasakan, tindakan-tindakan tersebut hanya merupakan publisiti kepada PDRM memandangkan pada fahamannya, rasuah lebih banyak dilakukan oleh polis berbanding kastam.

Bukan sesuatu yang menghairankan apabila Kastam menjadi tumpuan sekian lama membabitkan kehilangan berbilion-bilion ringgit dari segi cukai, duti dan eksais, selain ketirisan barangan seludup ke negara ini.

Tanggapan bahawa Ketua Polis Negara berkempen dan cuba menunjukkan yang PDRM lebih bekerja kuat berbanding Kastam Diraja Malaysia, jelas merupakan tanggapan yang sangat jahil, berniat jahat dan cuba menghasut.

Apakah kita akan menyaksikan satu lagi pengakuan kononnya, akaun Facebook pegawai kastam ini telah digodam dan dirampas oleh orang-orang tertentu selain cubaan memburuk-burukkan dan menfitnahnya sepertimana alasan-alasan lain yang diberikan oleh para penghasut yang telah didedahkan dan sesetengahnya telah dikenakan tindakan?


Atau adakah pegawai kastam tersebut cukup berani untuk mengakui kenyataan yang dikeluarkannya tetapi kemudian menyatakan ia hanyalah kenyataan 'main-main'?







Inilah bahayanya lidah tidak bertulang. Ingatlah manusia diberikan kebebasan untuk bercakap dan berbuat sesuatu. Namun, setiap tindakan tidak terlepas begitu saja. Semuanya akan dihitung serta diperlihatkan dengan seadil-adilnya.


redevo.blogspot

0 comments:

Post a Comment

click here to get a free voucher