Searching...
Monday 13 October 2014
07:50 0

Salwa Razak Ditipu Rakan Sendiri, Beli Cincin RM900 Pada Harga RM14,000!!!


Sedih. Kalau kena tipu dengan orang yang tak dikenali, mungkin kuranglah sedikit kesedihan. Ini kawan sendiri yang menipu Salwa Razak. Cincin yang dibeli dengan harga RM14,000 oleh Salwa Razak rupa-rupanya
hanya berharga RM934. Memang banyak sangat bezanya itu. Penipuan tersebut hanya disedari apabila Salwa Razak menghantar cincin yang dibeli dengan rakan baiknya itu untuk memperbaiki sedikit kerosakan yang dialami.


Tak sangka cincin berlian yang dibeli dengan harga RM14,000 sebenarnya hanya bernilai kurang daripada RM1,000. Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan sebenarnya hanya bernilai kira-kira RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan.
Sebaik menjawab telefon, dia (rakan yang jual cincin) pula yang mempersoalkan tindakan saya membuat pemeriksaan di kedai emas dan bertanya sama ada saya ingin menjual cincin terbabit. Kemudian dia kata dulu saya yang beria sangat hendak sangat beli cincin tu.
Dari satu sudut saya juga bersalah kerana tidak membuat pengesahan ketika melakukan urusniaga dulu. Saya serah kepada Allah SWT dan berharap perkara ini jadi iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati ketika membeli barang kemas walaupun dengan orang yang dikenali.

Nasihat kepada Salwa, walaupun sebaik mana kita dengan seseorang itu, kalau nak beli sesuatu yang mencecah harga ribuan ringgit, baiklah pergi beli di kedai yang memang terbukti kesahihannya. Kalau barang seratus dua tak apa lagi nak beli dengan kawan-kawan. Kalau dah sampai RM14,000 nie, memang boleh sakit hati bila kena tipu. Kepada Salwa Razak, jadikanlah ini sebagai satu pengajaran. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Sumber Harian Metro.

0 comments:

Post a Comment

click here to get a free voucher