Searching...
Friday 12 September 2014
22:09 0

PERKONGSIAN BERGUNA!!! Cara Memadamkan Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia... (please share)




Kewujudan Facebook memberi impak yang baik kepada pengguna dimana pelbagai faedah boleh diperolehi melalui Facebook seperti mencari balik kawan lama, merapatkan hubungan kenalan yang jauh serta menjana pendapatan melalui Facebook. Dari Facebook juga kita boleh mengabadikan kenangan kita disana, berkongsi gambar dengan semua kawan. Namun terfikirkah kita jika kita sudah tiada nanti. Apa yang terjadi pada gambar-gambar kita disana terutamanya jika gambar itu memaparkan aurat kita??? Dan bagaimanakah keluarga kita untuk membuang gambar itu atau memadamkan akaun si Mati jika mereka tiada password kita..

Disini saya ingin berkongsikan cara-cara atau kaedah untuk mendelete akaun Facebook orang yang telah meninggal dunia.. Kaedah ini diperolehi daripada bloggerkhairulzamri.com..


CARA MEMBUANG AKAUN FACEBOOK ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA..

Facebook menawarkan 2 pilihan kepada akaun mereka yang telah meninggal dunia iaitu:

1. Pilihan untuk mengekalkan akaun tersebut sebagai peringatan kepada si mati..

2. Pilihan untuk memadamkan terus akaun si mati tersebut..

Namun adalah sangat mustahil untuk Facebook memberikan kepada kita kata laluan dan emel akaun si mati walaupun kita sebagai keluarga paling dekat dengan si mati. Itu polisi mereka, kita tak mampu berbuat demikian.

Ramai yang ingin mengekalkan akaun si mati untuk peringatan namun kita juga harus fikir keadaan beliau di alam sana, apakah yang ada timeline arwah itu membantu, menyenangkan atau mengganggu ketenteraman arwah? 


Delete Akaun Facebook 

Saya ringkaskan dengan cara yang mudah agar membantu anda memahami secara jelas.

#Awas ini hanya contoh cara delete akaun – gambar adalah bukan contoh akaun si mati.

Pergi ke laman akaun si mati (profile).

Pergi ke bahagian > Setting > Report



 Di bahagian Help Us Understand The Problem> Pilih > Get Help With Another Issue.. 




Di bahagian Here's What You Can Do > Pilih > Go To The Help Center




 Klik pada bahagian > How do I report a deceased person or an account that needs to be memorialized?




 Di sini terdapat 2 pilihan kepada akaun mereka yang telah meninggal dunia samada kita:-

1. Hendak mengekalkan akaun tersebut sebagai peringatan kepada si mati..
2. Hendak memadamkan terus akaun si mati tersebut..

Jika hendak pada Teruskan klik pada bahagian > request the removal




 Perhatian berikut adalah 3 perkara yang perlu anda sediakan dalam proses memadamkan akaun Facebook arwah.

Setelah sudah bersedia klik bahagian > contact us




 Dan ini adalah borang untuk anda isi dalam proses terakhir bagi memadamkan akaun si mati ini dengan bersertakan 3 bukti yang telah dinyatakan dalam gambar di atas.




Semoga cara ini mampu membantu anda untuk memadamkan akaun ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia. 

Wassalam....

0 comments:

Post a Comment

click here to get a free voucher