Searching...
Wednesday 3 September 2014
22:39 0

SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna...


Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, angin satu badan bila gajet smartTAG baru buat hal lagi. Bulan lepas sangkut kat lorong smartTAG exit keluar UPM dan exit keluar Kajang, di digital board lorong smartTAG keluar perkataan “tiada smartTAG sedang terpacak smartTAG kat cermin depan kereta, baki pun ada banyak lagi. Pertugas rumah TOL Kajang cakap mungkin bateri dah low tapi bila aku periksa masih bertanda HIGH. Aku ada kongsikan masalah ini di status Facebook, rupanya ramai yang beri maklumbalas menghadapi masalah yang sama. Ada yang cadangkan aku pergi kaunter PLUS minta tukar gajet baru.


Semalam jadi lagi masalah yang sama di dua rumah TOL lebuhraya LATAR balik dari Sabak Bernam. Bukan aku sahaja ada masalah di lorong smartTAG highway LATAR tetapi ramai pemandu lain yang senasib dengan aku dan semuanya menggunakan smartTAG baru. Bukan setakat di rumah TOL highway LATAR, di rumah TOL Guthrie nak masuk ke PLUS highway pun tersangkut lagi dengan masalah yang sama “tiada smartTAG”. Mak Datin sebelah aku yang bawa kereta Audi pun senasib dengan aku. Pertugas TOL datang bantu dan dia kata sebab bateri lemah tapi aku balas balik aku dah periksa bateri banyak lagi. Rupanya masalahnya bateri longgar yang menyebabkan smartTAG tidak berfungsi jadi alat pengesan tidak dapat mengesan kehadiran smartTAG.


Masalah ini bukan masalah aku seorang tetapi masalah semua mengguna smartTAG baru. Kepada pihak pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go tolong ambil tindakan sebelum ada pengguna yang baling smartTAG kat muka CEO anda. Aku harap pihak PLUS highway dan Touch ‘n Go bertindak segara dengan menarik balik semua penggunaan smartTAG  baru yang telah dijual dengan menganti smartTAG lain yang berkualiti. Setakat minta pengguna pergi kaunter tukar baru dan dapat semula smartTAG yang ada masalah bateri tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau TOYOTA, HONDA dan banyak lagi syarikat boleh tarik balik produk yang ada masalah kenapa tidak Touch ‘n Go.
Kami pengguna yang sudah membayar RM120 dan top up duit setiap kali hendak menggunakan smartTAG inginkan perkhidmatan yang bagus tidak mahu lagi ada masalah di lorong smartTAG sehingga kena hon oleh pemandu lain yang tidak faham masalah yang berlaku. Kalau kami yang menggunakan smartTAG terpaksa mengundurkan kereta untuk masuk ke lorong Touch ‘n Go kemudian kena maki dengan pemandu lain hanya kerana smarTAG tidak berfungsi memang tidak berbaloi sebab kami sudah bagi banyak duit in advance kepada PLUS highway dan Touch ‘n Go.  Tolong ya Lembaga Lebuh RayaPLUS highway dan Touch ‘n Go jangan buat bodoh dengan masalah pengguna.

Ini sebahagian dari komen rakan-rakan Facebook ada beratus lagi komen tentang smartTAG baru di SINI jadi aku bukan keseorangan menghadapi masalah ini.


SmartTAG baru harap je cantik kecil molek tapi banyak masalah lebih baik guna yang lama besar gedabak tapi jarang ada masalah. Kepada semua pengguna yang ada masalah dengan smartTAG baru harap dapat kongsikan entri ini dan foward kepada pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go sebagai tanda protes dengan produk yang bermasalah dan rendah kualiti.

0 comments:

Post a Comment

click here to get a free voucher