Searching...
Tuesday 9 September 2014
02:24 0

SEGYE MEE : Restoran Buffet Mee Segera, Pertama Di Malaysia...


Mungkin juga di dunia. Ini pertama kali jujurnya kami dengar restoran menawarkan all-you-can-eat buffet mee segera. Itulah konsep disebalik restoran Segye Mee yang terletak di SS15, Subang Jaya ini.

Nama restoran ini berasal dari dialek Hokkien ‘Shi Jie Mian’ yang bermaksud ‘world noodles’ walaupun dalam restoran ini ianya lebih kepada mee segera berasal dari sekitar benua Asia. Selain menawarkan pilihan mee segera tempatan, produk keluaran luar negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, China, Hong Kong, Japan dan Korea Selatan juga boleh didapati di sini.

Dan, secara keseluruhan mereka menawarkan lebih 136 jenis mee segera untuk pilihan anda.
Selain makan mee segera tanpa had dengan harga bermula RM23.90 seorang, anda juga boleh memesan menu à la carte seperti seafood cheese ramen (RM12.90), tom yam dried mee (RM7.90), char kuey teow (RM10.90), fried Penang laksa teow (RM10.90) dan lain lain untuk anda yang tidak sanggup memenuhkan perut dengan mee segera.



Kalau anda berminat untuk mencuba, anda boleh melawat Segye Mee di 62, Jalan SS15/4D, Subang Jaya, Selangor dan dapatkan maklumat juga promosi terbaru mereka di facebook.com/segyemee.

0 comments:

Post a Comment

click here to get a free voucher